Selasa, 21 April 2009

wasiat khulafaur rasyidin

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar
buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar
As-Siddiq

Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri
aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib

Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin
membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan. Jauhilah berteman dengan
pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan
sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu
di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang
suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat
murah - Saidina Ali bin Abi Thalib

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan
kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh
anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi
Talib

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh
memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah
lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab

Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar
kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap
perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya
terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan
kata-kata lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan,
sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin
Abi Talib

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang
yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa
lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi
yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah
akhlak yg baik. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan,
maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar
al-Khattab

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika
berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika
kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan -
Saidina Ali bin Abi Thalib

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan
berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain
oleh penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di
wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab

Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah
mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah
memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan
lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih
layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan
manusia yang lain. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya
siksaan Allah- Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya
yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas -
Saidina Ali bin Abi Thalib

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang
ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. - Saidina Ali bin
Abi Thalib

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan
itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu
berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa
yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali
bin Abi Thalib

Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan
mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa
kepada Allah - Saidina Ali bin Abi Thalib

Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta,
dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka
bagi orang-orang yang bersifat zalim - Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Khalifah Ali bin
Abi Talib

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah
pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya -Saidina Umar bin Al-Khatab

Saidina Ali berkata: "Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya
erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak
akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata : "Aku tidak tahu," apabila dia memang tidak
tahu.

(ditulis oleh Hamba Fakir, Malaysia)

0 komentar:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger